Wednesday 15 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin..


Kami Staff CCSC Chow Kit mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada Ketua Pengarah AADK Malaysia serta Kakitangan AADK, Pengerusi & Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Salam Malaysia dan Kakitangannya, Sukarelawan dan Sahabat CCSC Chow Kit , Klien-Klien CCSC Chow Kit yang disayangi serta Muslimin dan Muslimat. Semoga aidilfitri akan memberi sinar cahaya kepada kita semua.

Wednesday 2 May 2012

Chill & Cheer @ Lorong

Semua Sahabat CCSC Chow Kit dijemput ke Program Chill & Cheer @ Lorong dengan Tema Seni Merupakan Terapi Pemulihan pada 06 Mei 2012-Ahad dari Jam 8.00 pagi - 12.00 malam..Pelbagai Program dan Aktiviti disana.....

Tentatif Program :

“SENI MERUPAKAN TERAPI PEMULIHAN”
06 MEI 2012 - AHAD LORONG HJ TAIB 3, CHOW KIT, KL

8.00 Pagi – 3.00 petang
EDUCATION FOR ALL
Rights From The Starts – Early Childhood Care and Education Now
Anjuran: kementerian Pelajaran Malaysia
Dengan Kerjasama : UNESCO, Yayasan Salam Malaysia dan AADK
Perasmian : Ketua Setiauasaha Kementerian Pelajaran Malaysia

“Mempromosi Pentingnya Pendidikan Kepada Kanak-Kanak sejajar dalam Akta Kanak-Kanak iaitu semua kanak-kanak berhak mendapatkan pendidikan”

Aktivti-Aktiviti
Ezy Party, Bowling Bijak, Tayar Bijak, Graffiti, Jigsaw, Dam Ular, Straw Art, Pameran Tranformasi Pendidikan, Lego,Program Membaca 1Malaysia, The Big Picture, Puppet Making & Story Telling, Guru Cemerlang Murid Cemerlang, Magician, Tarian Kebudayaan dan macam-macam lagi.
PENAMPILAN ISTIMEWA : AZNIL BIN HJ NAWAWI


---------------------------------------------------------------------------------
4.30 PETANG – 12.00 MALAM
CHILL & CHEER @ LORONG
“SENI MERUPAKAN TERAPI PEMULIHAN”
Majlis Penyempurnaan Oleh :
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

Program Utama:
Pengiktirafan Kepulihan Kepada Klien Ccsc Chow Kit, Motivasi Bersama Uncle Shariff, Opening Live Painting By Rina Shukor Clans, Board Games, Booth Art Theraphy, Bersama Prof Dr Abd Shukor Bin Hashim (Uitm Shah Alam), Wall Painting, Barbeque

Program Diserikan Dengan Artis Jemputan:
Saleem Iklim, Radhi Oag, Awanband, Kumpulan Slash Shoot Dance Crew, The Alif, Syazwan, Muzzy, Kl Street Drummers, Malaysia Ukelele Group


Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkannya.

Tuesday 20 March 2012

"Chill & Cheers @ Lorong"

Program "Chill & Cheers @ Lorong" merupakan program yang akan datang dari CCSC Chow Kit. Program dijadualkan akan diadakan pada penghujung bulan April bertempat di Lorong Haji Taib 3. Antara perancangan pengisian program tersebut ialah persembahan dari artis jemputan, persembahan tarian moden dan BBQ. Program ini masih di dalam perbincangan dan segala maklumat akan dimaklumkan secepat mungkin kepada orang ramai.

Maklumat Terkini CCSC Chow Kit

Jumlah Fail 2011 - 
Jumlah Fail 2012 ( setakat Jan - 19 Mac ) - 141 /12

Kehadiran Klien 2012 : 5043 orang
Januari               : 2155 orang
Februari             : 1872 orang
Mac                      : 1016 orang

Rujukan : 510 orang
C&C                                    : 281 orang
Hospital                           : 13 orang
Penempatan Kerja       : 60 orang
Lain-lain NGO                : 8 orang
JPN                                    : 115 orang
CCSC                                  : 33 orang


Terapi Gantian Metadon ( setakat 4 Okt 2011 - 19 Mac 2012 ) : 68 orang
Baru                        : 14 orang
SPUB                      : 9 orang
Transfer                : 5 orang
Withdrawal        : 5 orang
Kes Menunggu    : 35 orang

Wednesday 11 January 2012

Ketuk-ketuk Kuali

Yayasan Salam Malaysia akan melaksanakan Program Promosi untuk CCSC Desa Rejang, Sentul pada 14 Januari 2012 dari jam 0800am hingga 1.30pm. Program ketuk-ketuk kuali ini adalah satu usaha promosi untuk memperkenalkan CCSC Desa Rejang dari segi perkhidmatan dan program yang ditawarkan. ianya juga adalah sebahagian salah satu proses pemulihan untuk bekas pengguna dadah ke masyarakat.

antara program yang dirancang adalah Ketuk- Ketuk Kuali antara CCSC di KL (Taman Maluri, Kerinchi, Desa Rejang, Dang Wangi, Chow Kit, Rumah Sinar Salam, C&C Sg Besi, dan Masyarakat Perumahan Awam Desa Rejang) yang mana akan dihoskan oleh Chef Florence Tan, Senam Tari, Pertandingan Motor Kapcai Paling Vouge, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Sepak Raga Bulatan, Persembahan Modern Dance Dari Remaja Slash Shoot Dance Crew dan Live Band yang dibawa khas dari Concorde Hotel KLIA.

ini adalah alamat CCSC Desa Rejang: Cure & Care Service Centre Desa Rejang, M-0-1, Blok M, Perumahan Awam Desa Rejang, 53300 Kuala Lumpur

Sekian: Perhubungan Awam CCSC Chow Kit