Wednesday 11 January 2012

Ketuk-ketuk Kuali

Yayasan Salam Malaysia akan melaksanakan Program Promosi untuk CCSC Desa Rejang, Sentul pada 14 Januari 2012 dari jam 0800am hingga 1.30pm. Program ketuk-ketuk kuali ini adalah satu usaha promosi untuk memperkenalkan CCSC Desa Rejang dari segi perkhidmatan dan program yang ditawarkan. ianya juga adalah sebahagian salah satu proses pemulihan untuk bekas pengguna dadah ke masyarakat.

antara program yang dirancang adalah Ketuk- Ketuk Kuali antara CCSC di KL (Taman Maluri, Kerinchi, Desa Rejang, Dang Wangi, Chow Kit, Rumah Sinar Salam, C&C Sg Besi, dan Masyarakat Perumahan Awam Desa Rejang) yang mana akan dihoskan oleh Chef Florence Tan, Senam Tari, Pertandingan Motor Kapcai Paling Vouge, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Sepak Raga Bulatan, Persembahan Modern Dance Dari Remaja Slash Shoot Dance Crew dan Live Band yang dibawa khas dari Concorde Hotel KLIA.

ini adalah alamat CCSC Desa Rejang: Cure & Care Service Centre Desa Rejang, M-0-1, Blok M, Perumahan Awam Desa Rejang, 53300 Kuala Lumpur

Sekian: Perhubungan Awam CCSC Chow Kit

No comments:

Post a Comment