Monday 12 December 2011

Info Berkaitan Metadon 2

Metadon, Alkohol dan Interaksi Dengan Dadah Lain

*sekiranya anda berjumpa doktor selain doktor yang menjalankan rawatan metadon, maklumkan kepadanya bahawa anda sedang menjalani rawatan metadon.

*metadon bertindak menutup rangsangan heroin dan dadah lain pada otak. Dengan rawatan metadon ini, ianya akan mengurangkan atau menghilangkan tindakbalas heroin dalam badan anda.

*sila patuhi arahan pengambilan dos metadon mengikut keperluan dan jangka masa yang disarankan. pengambilan metadon yang berlebihan dan tidak mengikut jadual dan arahan yang betul akan mendatangkan risiko 'overdose'.

*campuran sebarang dadah lain dengan metadon adalah amat berbahaya. ianya boleh menyebabkan berlakunya gejala seperti mengantuk, lali, tidak sedarkan diri dan membawa maut.

*dinasihatkan untuk tidak mengambil alkohol / minuman keras. terlebih dos alkohol boleh mengganggu proses rawatan metadon. sekiranya anda mengambil alkohol secara berterusan, sila berbincang jumlah pengambilan alkohol bersama doktor anda. ianya bagi membantu mengurangkan seterusnya berhenti dalam pengambilannya bagi mengelak masalah yang timbul dalam rawatan metadon.

No comments:

Post a Comment