Monday 12 December 2011

Info Berkaitan Metadon 3

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh Klien

*memberi kerjasama terhadap program serta patuh pada peraturannya.

*bersedia menjalankan ujian air kencing apabila diminta.

*menghadiri rawatan ini di hospital/klinik setiap hari sehingga betul-betul stabil.

*menghadiri sesi kaunseling seperti yang dijadualkan.

*ikuti prosedur rawatan metadon supaya tidak terlebih dos. ikuti sukatan metadon mengikut jadual dan tempoh yang ditetapkan.

*dilarang memandu kenderaan, menunggang motosikal atau mengendalikan sebarang mesin setelah menerima dos sehingga diri anda betul-betul dalam keadaan stabil.

*bawa bersama rakan atau saudara terdekat semasa rawatan dijalankan. ini kerana mereka boleh memberi bantuan jika terdapat sebarang masalah.

*mengambil pelbagai jenis dadah yang terlarang boleh membahayakan diri anda.

*maklumkan kepada mana-mana doktor yang merawat anda sekiranya anda sedang menerima rawatan terapi gantian dengan metadon.

*klien yang menghidapi Hepatitis B dan C serta HIV positif, mereka hendaklah memaklumkan kepada doktor yang merawat. ini kerana metadon boleh mengganggu proses rawatan penyakit berkenaan.

*sekiranya klien gagal mendapatkan rawatan sebanyak 2 kali berturut-turut, program rawatan klien akan dinilai dan dijalankan semula bergantung kepada penilaian yang dibuat oleh doktor berkenaan.

*semasa berada di pusat rawatan klien harus berdisiplin dan mematuhi arahan hospital/klinik.

Metadon dan Undang-undang 

*klien tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang sekiranya terbukti masih terlibat dalam penyalahgunaan dadah sepanjang tempoh rawatan.

*dilarang menjual, mengedar, membeli dan menghisap sebarang jenis dadah di pusat rawatan.

*metadon adalah untuk kegunaan sendiri sahaja, ia tidak boleh dijual.

*mana-mana klien yang ingin ke luar negara perlulah mengetahui terlebih dahulu undang-undang berkenaan dadah di negara yang ingin dituju untuk mengelak sebarang masalah yang timbul.

No comments:

Post a Comment