Monday 12 December 2011

Info Berkaitan Metadon

Apakah Itu Terapi Gantian Dengan Metadon dan Faedahnya.

Terapi gantian dengan metadon ialah rawatan menggunakan metadon sebagai gantian dadah berbahaya ( heroin dan morfin) bagi penagih tegar.

Metadon ialah dadah sintetik yang memberi kesan yang sama seperti heroin atau morfin tetapi diambil secara oral (melalui mulut).

Ia berkesan dalam rawatan penagihan heroin kerana berupaya menggantikan dadah berbahaya itu, mencegah tanda-tanda pengunduran dan mengurangkan ketagihan.

Faedah
*meningkatkan kesejahteraan kesihatan dan mutu kehidupan
*mengurangkan kematian
*mengelakkan perkongsian jarum suntikan kerana ia diambil secara oral
*dos yang kecil mampu menghilangkan rasa ketagihan
*mengurangkan risiko penyakit "blood bone virus"
*meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal
*penagih akan berhenti melakukan perkara-perkara negatif
*hidup penagih lebih ceria dan mampu menjalani kehidupan normal
*metadon tidak memberi kesan kemudaratan kepada penagih

Kesan-kesan Daripada Metadon

Kesan Ketagihan Heroin
*mencegah tanda-tanda sindrom dan mengurangkan rasa gian
*mudah diserap apabila diminum
*kesannya berpanjangan dan diambil sekali sehari
*mengurangkan kesan Euphoria Opiate

Kesan Fisiologi
*penurunan tekanan darah
*pengecilan anak mata
*tindak balas saluran usus
*meningkatkan ton 'pyloric sphincter'
*gangguan hormon

Fungsi endokrin akan normal selepas 2-10 bulan pengambilan metadon

Kesan sampingan
Kesan sampingan terhadap penagih yang mengambil metadon :
*sukar tidur
*loya dan muntah
*sembelit
*mulut kering

No comments:

Post a Comment