Monday 12 December 2011

Info Berkaitan Metadon 4

Metadon dan Wanita

*wanita mungkin akan berhenti kitaran haidnya bila mereka mula mengambil metadon. terdapat banyak alasan lain kenapa kitaran haid menjadi tidak menentu :

-mengandung
-tekanan
-amalan pemakanan tidak sihat
-berat bertambah dan berkurang
-putus haid
-masalah kesihatan lain
-perubatan lain

Jika anda mengandung, jangan bimbang tentang metadon. ini kerana:

-perempuan mengandung yang menjalani rawatan metadon akan mengalami beberapa komplikasi sahaja semasa mengandung dan melahirkan anak berbanding dengan penagih tegar.

-kajian metadon telah dibuat secara meluas ke atas ibu mengandung.

-mengambil metadon semasa mengandung boleh mencegah keguguran dan tekanan.

-pengurangan dos metadon semasa trimester pertama dapat meningkatkan risiko keguguran.

-semasa mengandung, dos anda hendaklah bersesuaian bagi mengelak daripada ketagihan, tabiat dadah jalanan serta mengelak daripada penarikan diri dari rawatan metadon.

Bayi

-mengikut kajian yang dibuat, ramai bayi telah dilahirkan daripada ibu yang mengambil metadon.

-jangan sekali-kali cuba memberikan metadon kepada bayi anda. ianya boleh membawa maut!

Penyusuan Susu Ibu

-pengambilan metadon tidak memberi kesan dalam proses penyusuan susu ibu kepada bayi.

-bayi menyusu ibu akan menerima sedikit sahaja kuantiti metadon.

-sekiranya anda ragu-ragu, sila berbincang bersama doktor anda sebelum memutuskan sama ada hendak melakukan penyusuan ibu kepada bayi atau tidak.

Dapatkan nasihat jika perlu

*sebarang masalah anda boleh merujuk di hospital kerajaan, klinik kerajaan dan klinik swasta.


*Maklumat diperoleh dari Cawangan AIDS / STD Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment